Bismillah. Teringat suatu ketika dahulu ketika masih kanak-kanak, guru sering bertanyakan tentang cita-cita. Lantas tersenarailah beberapa pekerjaan yang jika mengikut urutan popularitinya adalah seperti Doktor, Engineer, Arkitek, Akauntan,Polis, Tentera, Nurse, Cikgu dll… Saya turut mempunyai satu jawapan yang tidak pernah berubah bila ditanyakan cikgu tentang cita-cita saya. Cita-cita saya telah diprogramkan oleh emak saya. Cita-cita itu adalah untuk menjadi seorang pensyarah. Dan setiap kali cikgu bertanya, maka pensyarah adalah jawapan saya. Konsisten dari darjah satu sehingga habis sekolah menengah. Bila cikgu tanya pensyarah itu apa? Saya katakan saya tidak tahu cikgu. Emak saya yang cakap. Cikgu tanyalah pada emak saya nanti. Kebetulan emak saya mengajar disekolah yang sama. Hehe. (Saya tersenyum ketika ini mengenangkan emak yang merupakan cikgu matematik saya darjah 1 yang turut pernah menampar saya sehingga tersungkur dihadapan kawan-kawan sedarjah kerana tidak siapkan kerja sekolah yang diberikan. Ya! Emak saya memang brutal suatu ketika dahulu. Tapi subhanallah, hikmahnya saya bersyukur dimana saya berada pada hari ini. Terima kasih emak! Semoga Allah tempatkan emak dikalangan ahli syurga.. Amiin..)









