Skip to content

Archive

Category: Artikel

Bismillah. Teringat suatu ketika dahulu ketika masih kanak-kanak, guru sering bertanyakan tentang cita-cita. Lantas tersenarailah beberapa pekerjaan yang jika mengikut urutan popularitinya adalah seperti Doktor, Engineer, Arkitek, Akauntan,Polis, Tentera, Nurse, Cikgu dll… Saya turut mempunyai satu jawapan yang tidak pernah berubah bila ditanyakan cikgu tentang cita-cita saya. Cita-cita saya telah diprogramkan oleh emak saya. Cita-cita itu adalah untuk menjadi seorang pensyarah. Dan setiap kali cikgu bertanya, maka pensyarah adalah jawapan saya. Konsisten dari darjah satu sehingga habis sekolah menengah. Bila cikgu tanya pensyarah itu apa? Saya katakan saya tidak tahu cikgu. Emak saya yang cakap. Cikgu tanyalah pada emak saya nanti. Kebetulan emak saya mengajar disekolah yang sama. Hehe. (Saya tersenyum ketika ini mengenangkan emak yang merupakan cikgu matematik saya darjah 1 yang turut pernah menampar saya sehingga tersungkur dihadapan kawan-kawan sedarjah kerana tidak siapkan kerja sekolah yang diberikan. Ya! Emak saya memang brutal suatu ketika dahulu. Tapi subhanallah, hikmahnya saya bersyukur dimana saya berada pada hari ini. Terima kasih emak! Semoga Allah tempatkan emak dikalangan ahli syurga.. Amiin..)

continue reading…

Bismillah. Baru-baru ini saya sempat menonton beberapa siri sinetron Ketika Cinta Bertasbih(Special Ramadhan Edition) hasil garapan dari karya novel Habiburrahman El Shirazy. Barangkali umumnya cerita bertemakan cinta ini lebih menarik minat sejumlah besarnya golongan wanita.  Sebagai seorang lelaki, saya juga hanya melihat sepintas lalu secara tidak sengaja dan sering skip cerita tersebut kerana saya sekadar ingin mengetahui perjalanan ceritanya sahaja. Hehe. Saya juga tidakla pula sampai menitiskan air mata dan tersenyum-senyum sendirian walaupun jalan ceritanya cukup mempunyai pengaruh emosi yang kuat saya kira. Yipppeeee….. (^_^). Namun itulah hakikat sebuah cerita dimana penonton diajak mendalami dan menghayati jiwa yang terdapat di dalamnya.

continue reading…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepadanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.” (Al-Isra’:23)

Sepotong ayat yang cukup cantik dan tidak sukar difahami oleh setiap insan yang membacanya. Tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menafsirnya, namun begitu masih ramai umat islam yang membacanya hanyalah sekadar membaca, tanpa ada rasa ingin menghayati ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca.

continue reading…

Dalam sedar tak sedar kita sudahpun melewati separuh perjalanan daripada bulan syaaban. Bermakna tinggal separuh bulan lagi baki masa sebelum kita menjejakkan kaki di bulan penuh barakah; Ramadhan Al-Mubarak. Teringat saya akan kampung saya di Sg. Sumun Perak. Disana terdapat sebatang titi yang merentas parit kecil dihadapannya. Kata arwah atuk yang meninggal pada tahun lepas;“Kalau ada duit lebih, bolehlah baiki titi tu. Korang kutipla duit adik beradik(merujuk adik beradik sebelah ibu) sorang sedikit. Keluarga makin bertambah. Titi tuh dah semakin usang. Tidak lama lagi mungkin runtuh.” Mengenangkan titi tersebut, bagi saya terkandung 1001 nostalgia dalam hidup saya. Titi yang usang itu sudah saya rentasinya hampir puluhan tahun semenjak dari kecil lagi. Barangkali titi itu sudah direntasi puluhan mungkin ribuan orang yang datang mengunjung atas urusan qariah masjid atau membayar zakat disebabkan atuk adalah imam masjid. Bahkan ketika menguruskan jenazah arwah sahaja, ratusan orang yang hadir untuk ikut  solat jenazah sehinggakan ianya terpaksa dilakukan diatas tanah berhampiran titian usang itu.

continue reading…

Jika selat Bosphorus menjadi saksi kejatuhan empayar Khalifah Islam, maka selat itu jugalah yang telah menjadi saksi bahawa penaklukan kota Constantinopel (Istanbul) oleh tentera-tentera Islam beberapa kurun lamanya dahulu. Tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik raja yang mana raja tersebut memiliki sebaik baik tentera. Kerana kejayaan membebaskan Constantinopel daripada kekejaman pemerintah semasa itu, raja tersebut digelar Muhammad Al Fatih.

continue reading…