“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,”(2:45)
Hari ini saya bersolat asar sendirian di rumah selepas tido dalam tempoh yang agak lama saya kira. Huh, berat sungguh kepala rasanya. Astaghfirullahala’zim.. Peringatan dari Allah dalam surah al-mu’minun segera menerjah fikiran ketika itu.
“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa apa maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami??”(23:115)
Dalam keadaan separa sedar(mamai), ternyata solat yang didirikan juga separa masak gamaknya. Sehingga dirakaat ketiga, saya bingung dirakaat keberapa saya berada diwaktu itu. Mulalah akal mencongak-congak seperti almaklumlah pelajar jurusan matematik tahun akhir…hehe. Akhirnya, diyakini rakaat itu dan diteruskan solat hingga kesudah. Astaghfirullahala’zim.. Mengapa sebegini lalai diriku?
Selepas solat saya duduk seketika dan bermuhasabah. Saya mengandaikan ramai diluar sana juga mungkin pernah merasai pengalaman-pengalaman solat seperti ini. Kecuali mereka yang tidak solat! Maka disitulah terdapat salah satu hikmah solat secara berjemaah selain ianya sangat-sangat dituntut, ia juga dapat mengurangkan masalah-masalah teknikal yang saya sebutkan. Namun persoalan yang ingin saya sentuh adalah sifat solat itu sendiri dalam kehidupan manusia.
continue reading…