Skip to content

Archive

Category: Berita

Tahun 2010 telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah umat Islam hari ini. Pada bulan Julai 2010, dunia telah menyaksikan kekejaman tentera Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Sebelum sempat reda lagi isu Freedom Flotilla, umat Islam seantero dunia dikejutkan pula dengan berita banjir di Lembah Swat, Pakistan yang sehingga hari ini telah mengorbankan 1500 nyawa dan melibatkan lebih kurang 14 juta penduduk di negara berkenaan.

continue reading…

Jika semalam penuh harapan
Jangan kau sedih dengan pemergian
Jika hari ini tiada lagi peluang
Jangan takut untuk kehadapan
Jika itu bukan jodohnya
Jangan takut untuk menerima
Hanya pada Mu kami berserah
Wahai Tuhan sekalian alam

Duhai hati
Mengapa mesti untuk mu merasa cemburu
Dalam meniti liku-liku jalan
Jalan yang penuh dengan rintangan
Yang pasti jalan menuju kebahagian

Wahai iman!
Di mana dikau menghilang
Bantulah untuk kuatkan hati ini
Tolonglah untuk menerima takdir itu
Hanya padaMu aku menuju
Tanpa lelah tanpa nafsu

Dahaganya diri dengan rahmat
Untuk menjulang keinginan abadi
Kini air mata menitis lagi
Terasa tenang dalam jiwa dalam hati
Dengan pasrah dan redha melangkah
Maka bawalah aku kembali

Kembali kepada Mu Ya Rabbi

-SF. Wellington-

Penjaga kepada salah seorang pelajar tahun pertama Massey University, Palmerston North, Sdri Mardhiah Afiqah binti Kasim telah meninggal dunia pada tengah hari 5 Mei 2010. Allahyarham Jalil bin Bidin yang merupakan penjaga kepada Sdri Mardhiah sejak beliau kecil lagi telah menghembuskan nafas terakhir di hospital. Walaubagaimanapun, punca kematian belum dapat dikenalpasti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang soleh, insyaAllah. continue reading…

TANGGAL 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhan- nya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah di- isytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai ‘nakba’.

Nakba bermaksud malapetaka atau ben- cana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar ne- gara, manakala 30,000 yang lain telah di- usir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

continue reading…

Auckland, 1 Mei – Bertempat di iSpace University of Auckland, Seminar Asas-Asas Islam anjuran Ikatan Muslimin Malaysia New Zealand (ISMA-NZ) telah berjaya dilaksanakan dari jam 9.00 pagi hingga 12.45 tengah hari.  Seminar ini telah disampaikan oleh Ustaz Mus’ab bin Norkefli, graduan dari Universiti Al-Azhar Mesir, dalam bidang Syariah Islamiyyah dan dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan dari Auckland.

continue reading…