Skip to content

Archive

Category: Featured

Bismillah. Baru-baru ini saya sempat menonton beberapa siri sinetron Ketika Cinta Bertasbih(Special Ramadhan Edition) hasil garapan dari karya novel Habiburrahman El Shirazy. Barangkali umumnya cerita bertemakan cinta ini lebih menarik minat sejumlah besarnya golongan wanita.  Sebagai seorang lelaki, saya juga hanya melihat sepintas lalu secara tidak sengaja dan sering skip cerita tersebut kerana saya sekadar ingin mengetahui perjalanan ceritanya sahaja. Hehe. Saya juga tidakla pula sampai menitiskan air mata dan tersenyum-senyum sendirian walaupun jalan ceritanya cukup mempunyai pengaruh emosi yang kuat saya kira. Yipppeeee….. (^_^). Namun itulah hakikat sebuah cerita dimana penonton diajak mendalami dan menghayati jiwa yang terdapat di dalamnya.

continue reading…

Tahun 2010 telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah umat Islam hari ini. Pada bulan Julai 2010, dunia telah menyaksikan kekejaman tentera Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Sebelum sempat reda lagi isu Freedom Flotilla, umat Islam seantero dunia dikejutkan pula dengan berita banjir di Lembah Swat, Pakistan yang sehingga hari ini telah mengorbankan 1500 nyawa dan melibatkan lebih kurang 14 juta penduduk di negara berkenaan.

continue reading…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepadanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.” (Al-Isra’:23)

Sepotong ayat yang cukup cantik dan tidak sukar difahami oleh setiap insan yang membacanya. Tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menafsirnya, namun begitu masih ramai umat islam yang membacanya hanyalah sekadar membaca, tanpa ada rasa ingin menghayati ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca.

continue reading…

Dalam sedar tak sedar kita sudahpun melewati separuh perjalanan daripada bulan syaaban. Bermakna tinggal separuh bulan lagi baki masa sebelum kita menjejakkan kaki di bulan penuh barakah; Ramadhan Al-Mubarak. Teringat saya akan kampung saya di Sg. Sumun Perak. Disana terdapat sebatang titi yang merentas parit kecil dihadapannya. Kata arwah atuk yang meninggal pada tahun lepas;“Kalau ada duit lebih, bolehlah baiki titi tu. Korang kutipla duit adik beradik(merujuk adik beradik sebelah ibu) sorang sedikit. Keluarga makin bertambah. Titi tuh dah semakin usang. Tidak lama lagi mungkin runtuh.” Mengenangkan titi tersebut, bagi saya terkandung 1001 nostalgia dalam hidup saya. Titi yang usang itu sudah saya rentasinya hampir puluhan tahun semenjak dari kecil lagi. Barangkali titi itu sudah direntasi puluhan mungkin ribuan orang yang datang mengunjung atas urusan qariah masjid atau membayar zakat disebabkan atuk adalah imam masjid. Bahkan ketika menguruskan jenazah arwah sahaja, ratusan orang yang hadir untuk ikut  solat jenazah sehinggakan ianya terpaksa dilakukan diatas tanah berhampiran titian usang itu.

continue reading…

Bismillah. Sesungguhnya saya tidak tahu sama ada layak atau tidak aritikel yang bakal saya tulis ini dipaparkan. Namun terasa seperti ada desakan yang hebat untuk berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini kepada yang sudi membacanya. Sebentar tadi saya baru lepas ym dengan seorang kenalan lama yang sudah lama tidak mendengar berita tentangnya dan sekarang beliau sedang menyambung pengajian diperingkat master disebuah university di Malaysia. Entah macam mana topic perbualan kami bertumpu kepada isu lelaki-lelaki melayu sekarang ini. Antara yang disentuh adalah trend sikap, perangai, mentality dan kematangan. Sahabat saya meluahkan kekecewaannya melihat sikap segelintir lelaki melayu yang hari ini kelihatan ‘tak boleh pakai’, ‘tak matang’, ‘tiada kepimpinan’, ‘tiada matlamat dalam hidup’ dan lain-lain perkara yang memperlihatkan unsur-unsur negatif yang ada pada ramai lelaki melayu pada pandangannya . Oh ya, sahabat saya itu seorang perempuan dan saya seorang lelaki semestinya! Hehe. Bimbang ada yang pelik pulak bila fikir dua orang lelaki berbicara tentang lelaki…OOpps!! Tetapi saya yakin dan percaya, hati dan jiwa orang yang membaca artikel ini adalah mereka yang berhati suci lagi bersih. Hatta mungkin juga ada yang terlintas untuk mengkritik saya tentang soal ‘ikhtilat’ dan sebagainya. Apa jua kritikan anda saya terima dengan hati terbuka. Kerana yang pasti, saya telah beroleh manfaat yang banyak darinya dan mudah-mudahan ianya bermanfaat juga untuk kalian.

continue reading…