Skip to content

Archive

Archive for April, 2009

unedited version of : Pornografi di kalangan muda-mudi kita membimbangkan
in response of: Gadis dirogol 15 mat rempit and Bahana nafsu

Kita Generasi

Pornografi

Sheikh Muhammad Ar Rasyid dalam karyanya yang terkenal, Al – Muntalaq menceritakan perihal anak – anak muda, generasi muslimin pada masa ini yang seolah – olah menjadi anak – anak singa yang diubah menjadi kijang – kijang yang pengecut.

 

Beliau merumuskan tentang satu generasi yang melupakan sejarah keagungan lampau umatnya. Suatu umat jihad yang mencintai kebenaran telah dimomokkan dengan idea – idea dan pemikiran yang palsu sehingga mereka melupai sejarah kemenangan umatnya.

Mereka kini dididik supaya menjadi materialistic hingga akhirnya kebanyakan mereka dangkal fikirannya. Jika ada yang mempunyai kesedaran ingin membangunkan masyarakat, banyaknya yang berlandaskan ide – ide yang bukan berdasarkan neraca islam.

Anak – anak muda pada hari ini sebenarnya hamba. Mereka pula gemar pada perhambaan. Alat – alat yang digunakan untuk menjadikan hamba gembira dengan perhambaan itu banyak sekali pada hari ini. Namun, salah satu alat yang begitubesar impaknya ialah Pornografi. Pornografi di sini ditulis dengan huruf besar sebagai mencerminkan bahawa ia suatu wabak, penyakit dan suatu gejala yang unik.

Budaya kelucahan melampau ini telah melanda muda mudi umat dengan suatu badai yang sangat dahsyat sekali. Dahulu, mungkin tidak pernah terbayang dibenak fikiran sesiapa pun untuk membaca kisah seorang remaja dirogol belasan lelaki. Tapi, berita sejenis dengan itu selalu timbul pada masa ini. Begitu juga dengan merogol kanak – kanak, seks luar tabii, dan macam – macam lagi gejala kelucahan melampau dalam masyarakat.

Segenap lapisan masyarakat kini terlibat dan tertarik ke lembah Pornografi ini. Daripada pelajar sekolah sehinggalah ahli politik. Media terus menerapkan budaya kelucahan sedikit demi sedikit ke dalam pemikiran masyarakat. Maka, amat tidak peliklah jika kita lihat anak – anak muda hari ini semakin lalai dari landasan islam.

Kesimpulannya, Pornografi telah berjaya melahirkan suatu generasi yang dilanda kelucahan melampau, kedangkalan minda, ketandusan akhlak dan kebendaan. Bukanlah jarang dibaca tentang para pemudi yang membuat laporan polis mengenai bekas pasangan yang menyebarkan aksi terlarang mereka. Maka, kita fikirkan, apa telah jadi?

Apa yang telah terjadi wahai saudara? Pornografi meracuni akal dan jiwa masyarakat. Apa yang telah terjadi? Lalu kita pula bersorak sorai berbangga – bangga dengan masjid – masjid yang indah. Islam sebagai agama rasmi dan pendidikan islam di sekolah.

Tapi soalnya, di mana dia ruh itu? Mengapa kita gagal menyelamatkan satu generasi yang semakin hari semakin terpesong? Apakah mungkin masjid kita tidak mesra pemuda/pemudi?

Adakah kita lebih suka menangkap dari mencegah? Atau adakah kesilapan pada sistem pendidikan? Atau kita gagal dalam menerapkan unsur tarbiyah dalam masyarakat? Atau apa?

Pokoknya, kita telah gagal dan akan terus gagal andai kita tidak cuba mencari pokok kegagalan itu.

bmSalam Warga Auckland

 

Hehe mesti tersenyum sorang2 baca entry ni. Anyhow, here goes

Marriage in Islam Discussion Series

After Isya Monday 27/4/2009

AUT Muslim Prayer Hall

Mount Street

Guest Speaker: Dr Mohamed Abdelhady ( Psychiatrist)

Along with the sheikh as usual

Datang lah ye =) All muslimin/at invited. Sisters are advised ambil wudhu siap – siap dekat rumah

antara-semalam-hari-ini-2-3

Sejarah telah membuktikan….. Segala perkara bermula dengan perancangan…. Apakah kita faham apa yang benar-benar berlaku pada waktu silam dan apa pengajaran dan peranan kita sebagai seorang Muslim pada masa kini? Mari menyingkap rahsia Antara Semalam & Hari Ini bagi menyerlahkan kembali potensi kita sebagai seorang Muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.  (Yusuf: 111)

ismaweb

Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting. Kelemahan sesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan.

Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Bagi remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.

Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi (terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah:

”Tersusun dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.”

Di sini dikongsikan 10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang disunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”.

10 Tips Pengurusan Masa Berkesan

1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan
Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang keagihan alkohol.