Update!Bahangnya eh sejuk eh hmmm … ok .. kehangatan ukhuwwah semakin terasa !!! Download Here
Kos Program NZD 50
Tidak termasuk kos penerbangan ke Christchurch
Bayaran boleh dibuat kepada Imran Razali (Auckland)
sumber asal : PEMBINA
artikel asal : Remaja dan Berhala Hiburan
Sejarah telah membuktikan kepada sekalian umat manusia bahawa generasi muda itu merupakan aset penting suatu tamadun. Golongan muda lah yang telah dikerah ke medan – medan tempur sepanjang zaman. Para pemudalah yang mempelopori gerakan merobohkan tembok Berlin di Germany. Hatta, pada zaman awal kenabian, golongan mudalah yang menjadi pendokong – pendokong tegar dakwah Rasulullah SAW.
Generasi awal umat ini telah menjadi saksi keperwiraan generasi muda ini. Golongan muda ini membuka wilayah – wilayah baru dan menyebarkan dakwah islam kepada seluruh jazirah arab dan kemudian ke Eropah dan seluruh dunia. Pemuda merupakan aset yang sangat penting hinggakan Saidina Umar pernah berkata:
Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah.”
Begitulah hebatnya potensi para pemuda ini sehingga diberikan pengiktirafan sebegitu rupa. Kita pada hari ini mengiktiraf Belia kita dengan menganjurkan sambutan Hari Belia Negara di tanah air pada tanggal 15 Mei setiap tahun. Bukanlah BeCA mahu bersikap pesimis. Namun begitu, di sebalik sambutan – sambutan di tanah air, marilah kita renungkan kembali realiti majoriti belia di Malaysia

Apa yang dimomok-momokkan buat remaja kita hanya seputar hiburan semata-mata. Buat yang kecil, hingga yang besar, semua ada. Lihat sahaja di kaca-kaca televisyen. tidak larat penulis hendak menyatakannya satu persatu. Di internet pula lagi bebas. ‘you name it, they got it’. Itu ibaratnya. Bagi menghalalkan pula hiburan sedemikian, mereka menamakannya ‘KONSERT DEMIMU GAZA’,'MALAM AMAL PALESTIN’, dan pelbagai istilah lain yang merupakan retorik semata-mata. Pemikiran muda-mudi kita dicelarukan dengan aktiviti sebegini. Namun lelaki dan perempuan bercampur sekali. Penyanyinya pula tidak bertudung. Antara hak dan batil itu ada pemisahnya.Namun, jika kita cuba menggabungkannya, tentu penggabungan itu tidak bisa menjadi kerana tiada redha Allah bersamanya.
Fikrah Islam ini perlu kita sebarkan. Ini satu fikrah yang mahal. Hanya darah dan nyawa yang bakal diuji untuk dijadikan taruhan. Apabila fikrah itu sudah masuk ke dalam hati, ia akan terbit laksana akhlak yang memukau. Pembinaan manusia perlu malalui tahap itu. Apabila kita membicarakan soal pembangunan manusia, namun terlepas kedua-dua aspek tersebut, itu hanya satu kepalsuan semata-mata. Pemuda-pemuda Hamas adalah contoh terdekat buat kita. Meskipun disekat, barbekalkan fikrah Islam yang ada, mereka terus mara. Fikrah itu mampu merevolusikan diri mereka menjadi lebih baik daripada aspek keberanian, persenjataan, amal ibadah, kesabaran, dan seumpamanya.
Pemuda-pemuda kita pula kebanyakannya berbaza. Selagi mana ada masa dan ruang, hiburan menjadi pilihan. Bayangkan jika dari kecil diterapkan dengan nilai ini, mana tidak ketagih jadinya. Hati-hatinya telah gelap. Maka jelas kepada kita, lebih utama membersihkan hati-hati ini dahulu. Jika tidak, kita bakal dipersoalkan diakhirat kelak.

Ke arah pembentukan belia harapan ummah
Belia Cergas Auckland
BeCA
Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera
Semoga saudara dan saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baik dari segi fizikal, mental, emosi dan terutamanya iman.
BeCA mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan kepada saudara dan saudari yang dihormati. Mutakhir ini, isu keselamatan di Auckland agak membimbangkan. Dalam perkembangan terbaru, menurut sumber – sumber yang boleh dipercayai, beberapa kes jenayah telah berlaku terhadap pelajar di Auckland City.
Dalam satu kes, seorang pelajar lelaki telah dipukul oleh 3 lelaki pasifika sehingga patah kaki. Sebab kejadian tidak dapat dipastikan. Walaubagaimanapun , anda dinasihatkan supaya tidak keluar pada waktu lewat malam seorang diri tanpa urusan.
Dalam kes yang lain, seorang pelajar telah dicabul kehormatannya juga di Auckland City.
BeCA menggesa semua supaya mengambil langkah berjaga – jaga bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah di sini.
Sekian
Wassalam
Biro Kebajikan
The following is a sad story

Dear Brothers and Sisters,
Assalaam alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
We pray that this letter finds all of you in the best of health and highest of Islamic spirits.
We wish to inform the community that some issues have arisen between Nandos New Zealand and FIANZ. As a result, FIANZ has suspended the Halal Accreditation Certificate for all the Nandos outlets effective immediately.
We are presently engaged in the discussion with Nandos to resolve the matter. Insha Allah, the outcome will be advised as soon as possible.
In the meanwhile, we would appreciate it if you could bring this matter to the attention of the community members in your respective ward.
Jazak Allahu Khairan and Wassalaam
Sultan Eusoff
Executive Manager
disclaimer: the webmaster does not indicate in any way that nandos serves cats. The picture was selected due to the sad expression of the cat and that the webmaster is fond of cats =D