Skip to content

Archive

Archive for July, 2009

Salam, alhamdulillah secara keseluruhan AGM beca berjalan dengan lancar. (Tak ada kes2x rusuhan dan sbgnya =p). Dibawah ialah laporan yang disediakan oleh Setiausaha baru BECA sessi 2009-2010. Disertakan juga fail2x yang dibentangkan oleh pesuruhjaya AGM dan bekas setiausaha BECA 2008-2009.

===============================================================================

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BELIA CERGAS AUCKLAND (BeCA) 2009.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, mesyuarat agung tahunan Belia Cergas Auckland (BeCA) yang diadakan pada hari Ahad, 25 Julai 2007 jam 1.00 – 3.15 petang di Eng1.401 University of Auckland telah berjalan dengan lancar. Agenda-agenda yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:

1.0 Ucapan Presiden BeCA 2008/2009

2.0 Laporan aktiviti sepanjang separuh pertama tahun 2009

3.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa BeCA 2008/2009

4.0 Pembentangan portfolio dan pelantikan ahli jawatankuasa BeCA 2009/2010.

Mesyuarat telah bermula tepat jam 1.15 petang dan dimulakan dengan bacaan surah Muhammad ayat 1-9.

1.0 Ucapan Presiden BeCA 2008/2009

Presiden BeCA bagi sesi 2008/2009 mengalu-alukan kehadiran semua ahli BeCA dan pemerhati-pemerhati dari persatuan-persatuan lain ke Mesyuarat Agung Tahunan BeCA 2009. Di dalam ucapannya, beliau menegaskan tentang kepentingan mengajak masyarakat kea rah kebaikan dan menolak kemungkaran tanpa dibataskan kepada mereka yang terlibat dengan usrah semata-mata. Beliau juga menggesa semua ahli BeCA agar memaksimumkan kreativiti agar dakwah itu dapat sampai kepada segenap lapisan masyarakat. Beliau menyarankan agar para pendakwah mengambil contoh masyarakat Gaza yang walaupun tidak semua terlibat dengan usrah dan halaqah, tetapi tempias kebaikan itu meresap kepada semua ahli masyarakatnya sehingga rata-rata masyarakat Gaza sanggup untuk bertarung nyawa demi kemuliaan Islam.

2.0 Laporan Aktiviti Separuh Pertama Tahun 2009

Sepanjang bulan Januari  hingga Julai 2009, BeCA telah menganjurkan pelbagai jenis aktiviti dan juga turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain dalam menganjurkan program-program ilmiah, kerohanian dan rekreasi bagi manfaat masyarakat umum amnya dan pelajar-pelajar Muslim Melayu di Auckland khususnya. Berikut merupakan ringkasan bagi aktiviti-aktiviti berkenaan:-

Januari 2009

  • Mengambil bahagian dalam program Jalinan Ukhuwah di Kem SMA, Labu, Negeri Sembilan.

Februari 2009

  • Orientasi pelajar tahun pertama bersama Sheikh Rafat

Mac 2009

  • Pelancaran semula program bacaan Al-Qur’an pada setiap malam Jumaat di surau University of Auckland.
  • PAINtball challenge di Waiwera.
  • Menyertai Shakespeare Day Trip anjuran Al-Hikmah Trust dan Auckland University of Technology Muslim Students’ Association.

April 2009

  • Ceramah ‘Antara Semalam dan Hari Ini’ oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dengan kerjasama UMNO Auckland.
  • Easter Getaway ke Tauranga, Rotorua dan Taupo.

Mei 2009

  • Menjadi penganjur bersama program Jalinan Ukhuwah New Zealand (JUNZ) dan dipertanggungjawabkan ke atas bahagian promosi.
  • ‘South Island Trip’ ke Dunedin.

Julai 2009

  • Aktiviti berkuda dan water polo sempena cuti musim sejuk.
  • Pelancaran BeCA facebook.
  • Program BeCA Leadership Development oleh Ustaz Hazizi Abdul Rahman.

Pembubaran Ahli Jawatankuasa BeCA 2008/2009

Presiden BeCA 2008/2009 telah membubarkan ahli jawatankuasa BeCA 2008/2009.

Pembentangan Portfolio dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa BeCA 2009/2010

Pembentangan portfolio ahli jawatankuasa BeCA menekankan kepentingan setiap jentera BeCA yang bakal dilantik agar memiliki idea yang jelas bagaimana untuk memacu gerak kerja BeCA agar BeCA dapat menjadi titik rujukan kepada masyarakat pelajar Muslim Melayu di Auckland khususnya dan masyarakat Islam amnya. Oleh itu, setiap individu yang dilantik perlulah mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah yang tinggi bagi sama-sama menjayakan visi dan misi BeCA.

Pelantikan telah diadakan melalui undian dan keputusannya seperti berikut:-

Presiden                                                : Sdr. Ahmad Zikri bin Zainudin

Timbalan Presiden 1                        : Sdr. Mohd Syukri bin Ab Rahim

Timbalan Presiden 2                        : Sdr. Ahmad Fikhri Ahmad Faraid

Bendahari                                             : Sdr. Wan Mohd Syamim bin Wan Sukri

Setiausaha                                            : Sdri. Natasha binti Ismail

Biro Ekonomi                                          : Sdr. Mohamad Rusydi Mohamad Yasin

Biro Multimedia & Komunikasi       : Sdr. Shariful Fadzli bin Md Hanafiah

Biro Sukan dan Kebudayaan           : Sdr. Wan Zulfadhli Ab Halim

Biro Muslimah                                      : Sdri. Khairussyahidah binti Khairuddin

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Setiausaha

-Natasha Ismail-

===============================================================================

File-file slide semasa AGM :

Carta Organisasi BECA 2009-2010 DISINI

Sekian, Wassalam.

-Biro Multimedia dan Komunikasi-

Salam, alhamdulillah, nampaknya minggu ini penuh dengan aktiviti-aktiviti yang best seperti talk pasal perkahwinan didalam islam (nie pasti mendapat sambutan hangat nih =p) dan juga program bacaan al-quran pada hari jumaat. Sebagai tambahan, BECA ingin mengajak rakan-rakan untuk menghadiri “Annual General Meeting” kami pada hari sabtu petang iaitu selepas solat zohor. Seperti AGM yang kebiasaannya dibuat, acara terpenting adalah rombakan dan perlantikan jentera-jentera baru BECA bagi sessi 2009-2010. Oleh yang demikian, kehadiran rakan-rakan adalah penting untuk memberi undian kepada pencalonan jentera-jentera baru nanti. Maklumat lanjut berkenaan AGM adalah seperti dibawah:

BECA AGM copyKlik poster untuk resolusi yang lebih besar

Sessi perbentangan visi dan misi BECA juga diadakan, oleh itu, datanglah ke AGM ini nanti. Semoga niat dan usaha kita diterima Allah. Insyallah. Till next time, salam.

-Biro Multimedia BECA-

Salam. Sejak dua menjak nie, kerap juga BECA update post dekat website eh. Alhamdulillah,banyak perkara yang mahu kami kongsikan bersama rakan-rakan semua. Ok, kali nie kami di BECA ingin berkongsi satu video promo perihal Roadshow Palestine yang digerakkan oleh Aman Palestine masa Spring nanti. Insyallah, kami akan update lagi apabila ada berita-berita baru berkaitan dengan Roadshow ini. Sebelum apa-apa, meh kita layan dulu video yang dibuat oleh salah seorang abang BECA kita (^_^)y

Insyallah, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi aktiviti Roadshow dan Kami di BECA akan segera sampaikan maklumat berkaitan dengan Roadshow maka oleh itu, sentiasalah kunjungi website kami untuk sebarang update (guna RSS pon ok).

Sampai disini sahaja, Insyallah akan update lagi. Till next time. Salam.

-Biro Multimedia BECA-

Quran_cover

Salam, sekali lagi kami di BECA ingin mengajak rakan-rakan yang berada di Auckland untuk  menyertai program bacaan al-quran seperti mana yang diadakan pada semester sebelum ini. Insyallah, selain dapat menimba ilmu, bertadarus,merapatkan silaturrahim, kita juga dpaat rehatkan minda dengan kerja-kerja uni yang banyak (terutama final year students. =p). Maklumat lanjut berkenaan program adalah seperti di bawah :

Tempat : Auckland University Prayer Room

Hari : Setiap Jumaat malam

Masa : 8.00pm

Bahan : Al-quran dan terjemahan (jika ada)

Insyallah, sama-sama kita meriahkan malam minggu kita dengan aktiviti yang bermanfaat bersama rakan-rakan yang lain. Semoga semua amalan dan niat kita diterima Allah. Insyallah.

Jumpa anda di sana !!!!

p/s: sesaper yang rajin nak bawak makanan etc, amatlah dialu-alukan. =p

-Biro Kebajikan dan Pembangunan Insan-

Salam, kali nie kita BECA mengajak rakan-rakan semua untuk mempelajari perihal perkahwinan dalam islam. Program ini yang dianjurkan oleh Voice of Islam bertujuan untuk mendedahkan falsafah-falsafah perkahwinan yang digariskan oleh agama kita. Antara penceramah yang hadir adalah Syeikh Rafat Al Najm, maka kepada semua rakan-rakan yang berkesempatan diluar sana, anda bolehlah merujuk poster dibawah untuk maklumat program.

MarriageWithinIslam_EmailKlik poster untuk resolutsi yang lebih besar

Ok, jangan lepaskan peluang ini. Kalau ada masa terluang pada petang jumaat, anda dijemput hadir. Sama-sama kita meriahkan majlis ilmu ini. Insyallah. Till next time. Salam.

-Setiausaha dan Biro Multimedia BECA-