Assalamualaikum WBT.
Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu, betulkan saya jika saya tersilap atau tersalah. Ikutlah saya jika saya dipihak yang benar. Saya mulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.Segala yang baik itu datang dari ilham dan kurniaan Allah dan segala yg buruk itu adalah kekurangan diri saya sendiri.
Pendahuluan

Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)







