Alhamdulillah semalam berpeluang ke Masjid Shah Alam untuk bertemu dan mendapatkan mutiara-mutiara ilmu dari tokoh ulama’ tersohor, Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Lantunan suara beliau dengan nada dan semangat yang tinggi sungguh menginsafkan dan memberi pengajaran, juga menyuntik semangat baru kepada ribuan orang yang hadir mendengar dengan penuh ikhlas.

Saya kongsikan sedikit catatan yang tidak seberapa dari pertemuan semalam. Semoga bermanfaat, walaupun ianya pasti tidak dapat menyaingi kekuatan, perasaan dan izzah yang wujud ketika mendengar sendiri kata-kata daripada beliau.

Syeikh Yusuf al-Qardhawi memulakan kalimahnya dengan rasa syukur pada Allah SWT kerana mempertemukannya sekali lagi dengan masyarakat Malaysia, dan mengizinkannya juga bertemu dengan pemuda2 yang memperjuangkan Islam serta sahabat2nya yang telah lama tidak berjumpa. Rasa syukur ini lebih hebat lagi kerana dipertemukan dalam tempat yang terbaik di muka bumi, dalam taman-taman syurga di rumah Allah SWT.

Gambar dari tempat duduk

continue reading…