Assalamualaikum, berikut adalah panduan bagi pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Auckland, New Zealand untuk mencari tempat tinggal pada harga yang berpatutan. BeCA (Belia Cergas Auckland) sebagai sebuah pertubuhan pelajar muslimin Malaysia di Auckland berharap agar panduan ini sedikit sebanyak dapat memberikan penyelesaian kepada pelajar-pelajar yang yang mempunyai masalah dan keraguan dalam memilih tempat tinggal dengan harga yang baik.

Secara amnya, University of Auckland dan Auckland University of Technology terletak di dalam kawasan bandar Auckland. Kebanyakan pelajar Malaysia terutamanya undergraduate student tinggal di dalam kawasan bandar yang mempunyai banyak kemudahan seperti Queens Street (kawasan paling happening di Auckland, harbour, warehouse & foodtown (spt Giant or Carefour), prayer hall dan lain-lain lagi. Lokasi berdekatan dengan univeristi yang hanya memerlukan pelajar berjalan kaki menjadikan kawasan bandar sebagai kawasan kediaman pilihan pelajar undergraduate Malaysia.

Selain daripada apartment di bawah kelolaan University of  Auckland atau Auckland University of Technology(AUT),  terdapat banyak apartment mahupun rumah berdekatan dengan university yang para pelajar boleh dapati pada harga berpatutan. Di bawah di seneraikan apartment ataupun rumah yang kebanyakan para pelajar Malaysia diami.

Peta Universiti:

Peta University of Auckland

Peta Auckland University of Technology

Bagi pelajar yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kehidupan sebagai pelajar  di Auckland boleh email kepada BeCA di alamat beliacergas@gmail.com.