Salam. Telah 2minggu berlalunya Syawal, namun kemeriahan-nya masih terasa. Mana tidak nya, boleh dikatakan setiap minggu sahaja ada rakan-rakan yang membuat “Rumah Terbuka”. Namun, hendaklah kita tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 Hari-Syawal. Seperti mana yang dinyatakan dalam hadith yang berbunyi

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim)

Oleh itu saya mengajak diri saya terutamanya serta rakan-rakan untuk berpuasa. Syawal masih panjang lagi, Insyallah sempat punya untuk puasa 6 hari tuh. Kepada rakan-rakan di Auckland mahupun di seluruh NZ, kita semua semestinya mengatahui pakej vodafone yang bernama text2000 kan? Secara personally, saya dapat merasakan, text/sms nie amat penting untuk perhubungan jarak jauh. Jika ianya diguna sebaik mungkin, maka kita boleh jadikannya sebagai salah satu alat untuk berdakwah sebenarnya. Tidak semestinya kita menaip hadith/petikan terjemahan al-quran,bahkan kita mungkin boleh kejutkan kengkawan untuk bagun subuh dsb.

IMG_1229a1 copy copy

Jika setiap hari kita berkomunikasi dengan rakan-rakan kita, sedarkah kita bahawa kita juga sebagai muslim sentiasa berkomunikasi dengan Allah? Kita juga menghantar ‘text’/'sms’ kepada Allah.Tahukah anda?

Sebagaimana yang kita ketahui, solat adalah salah satu cara untuk kita berkomunikasi terus dengan Allah. Tidak kira siapa kita, pelajar, jutawan, engineer,guru, akauntan mahupun apa saja jawatan/kerjaya kita, kita tidak memerlukan pengantara untuk berhubung dengan Allah. Inilah kelebihan Islam. Agama yang adil untuk seluruh umat. Sebenarnya, setiap kali kita solat, kita menghantar ‘sms’/'text’ kepada Allah. Bagaimana? Sebagai contoh, semasa ruku’ kita hantar ‘sms’/'text’ yang berbunyi :

“Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.”

Waktu iktidal pula;

“Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.”

Ketika sujud:

“Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya.”

Manakala semasa duduk antara dua sujud, ‘sms’/'text’ kita panjang sikit:

“Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.”

Dan semasa pengakhiran solat, ‘sms’/'text’ kita panjang, semuanya penyerahan diri kita kepada Allah:

“Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah….”

Itulah sebahagian contoh ‘sms’/'text’ yang kita antar kepada Allah semasa solat. Dan tahukan rakan-rakan bahawa setiap ‘sms’/'text’ yang kita hantar, Allah balas balik setiap satunya bagi orang-orang yang khusyuk… Contoh ini jelas didalam bacaan Al-Fatihah semasa solat,dimana mengikut sebuah hadith qudsi, setiap bacaan ayat surah Al-Fatihah, Allah akan ‘reply’ bacaan kita.

‘sms’/'text’ kita:

”Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.”

‘sms’/'text’ dari Allah:

“Hamba-Ku telah memuji-Ku.”

‘sms’/'text’ kita:

”Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.”

‘sms’/'text’ dari Allah:

“Hamba-Ku Mengagungkan-Ku.”

‘sms’/'text’  kita:

”Raja di Hari Pengadilan.”

‘sms’/'text’ dari Allah:

“Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku.”

‘sms’/'text’ kita:

”Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.”

‘sms’/'text’ dari Allah:

“Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”

‘sms’/'text’ kita:

”Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.”

‘sms’/'text’ dari Allah:

“Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”

Ingatlah rakan-rakan, Allah itu dekat dengan kita. Jadi, sentiasalah kita ingat akan -Nya tidak kita sewaktu senang mahupun susah dan Insyallah Allah akan ‘ingat’ kepada kita. Jangan lupa untuk berdoa, meminta bantuan dan pertunjuk drpd Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar.Petikan terjemahan al-quran :

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al Baqarah : 186]

Dan , didalam doa kita, jangan lupa juga berdoa juga untuk semua mukmin, sepertimana tuntutan Allah didalam Al quran yang bermaksud :

Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal. [Muhammad : 19]

Insyalllah, sama-sama kita berusaha untuk khusyuk didalam solat untuk mendapat balasan ‘sms’/'text’ kita drpd Allah. Semoga kita smua mendapat rahmat daripada-Nya. Insyallah.