Salam. Semalam dengan rasmi, berakhirnya semua lecture lecture di Auckland University mahupun AUT. Dalam masa tidak smapai seminggu lagi, maka kita akan melangkah masuk ke minggu peperiksaan. Untuk semua warga Auckland yang bakal menduduki peperiksaan, kami di BeCA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “All the best !”.

4037237591_eb9497c997_o

Disamping kita sibuk mengulang-kaji pelajaran, jangan biarkan diri kita lalai untuk mengingati Allah dan tidak alpa melaksanakan tanggung jawab terhadapNya. Sentisalah ingat kepada Allah, kerana dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Insyallah. Jangan lupa juga untuk berusaha bersungguh-sungguh kerana usaha adalah yang paling penting disisi Allah. Dengan rahmat dan limpah kurnianya, insyallah kita akan berjaya. Marilah sama-sama kita mengharumkan nama Islam, negara dan juga keluarga dengan kejayaan yang kita perolehi.  Selamat berusaha dan selamat maju jaya, daripada kami di BeCA