Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Musim panas kini tiba lagi. Sedar atau tidak masa berlalu degan pantas. Sepantas dengan kesesakan kehidupan yang kita kejar. Mungkin lebih daripada itu. Rakan-rakan final year akan/telah kembali ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan mereka. Insyallah, kita akn menerima pengganti daripada pelajar First year seawall bulan Januari nanti. Jika tidak silap,dengan pandangan dan pengatahuan kasar saya, ramai diantara kita untuk memilih pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas ini. Namun begitu, ada juga yang memilih untuk tinggal di Auckland. Masing-masing dengan sebab dan alas an yang tertentu. Tidak kira dimana kita berada, dimana bumi yang kita pijak, dimana langit yang kita junjung, sentiasa ingat bahawa Allah dekat dengan kita. Nikmat Allah ada dimana-mana sahaja, maka sentiasalah kita bersyukur degan segala rahmat yang dilimpahkan-Nya kepada kita.
Ada orang kata, hidup ini seperti roda. Kadangkala kita diatas dan ada kalanya kita dibawah. Begitu juga dengan iman kita yang ada kalana naik dan ada masanya turun. Kita sedar yang kita ini lemah dan sentiasa lalai dngan segala perintah dan larangan Allah kepada kita, namun hati ini tetap kecundang kearah yang kita sendiri tidak ingini. Namun begitu, selagi kita masih bernyawa, selagi kita masih mempunyai peluang, maka jangalah kita berputus asa degan rahmat-rahmat Allah. Sentiasalah pohon keampunan, bertaubat kepadaNya. Bertaubatlah dengan sesungguh-sungguhnya dengan menginsafi segala perbuatan kita dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.
Mahupun begitu, tidak saya perkatakan kita boleh melakukan dosa kerana sesudah itu kita boleh bertaubat/memohon ampun kepada Allah. Hendaklah kita ingat, bahawa terdapat perkara yang telah Allah tentukan keatas kehidupan kita yang telah tertulis disisi Allah. Antara perkara itu adalah mati.
Mati kita tidak diketahui oleh sesiapun selain Allah. Pada saat-saat kematian itulah yang juga menentukan kehidupan kita selepas itu. Tidak bermaksud jika kita sentiasa beramal dan mati diatas nama Allah, dan tidak pula jika kita sentiasa melakukan maksiat akan mati dalam kemaksiatan. Apa yang kita hendak adalah yang dipanggil “khusnul khotimah” yang membawa maksud “pengakhiran yang baik”. Oleh yang demikian, sentiasalah kita berdoa, agar kehidupan kita ini diakhiri dengan pengakhiran yang baik. Mati kita didalam iman dan taqwa kepada Allah.
Memandangkan kita tidak mempubyai pengatahuan dan ilmu bila kita akan mati, maka harusalah kita sentiasa bertaubat, memohon keampunan kepada Allah kerana sebagai manusia yang lemah, dosa tidak lepas daripada kehidupan kita. Walaupun brgitu, sentiasalah berusaha untuk kearah yang lebih baik. Jika hari ini kita lara’ dengan rancangan TV, tidak solat diawal waktu, maka berusahalah untuk solat diawal waktu pada keesokkan-nya. Jangan gopoh dalam memperbaiki diri, yang penting kita sentiasa istiqamah dalam apa yang kita lakukan demi Allah. Selain itu, usahlah berputus asa kerana Allah tidak pernah berputus asa kepada hamba-hambanya.
Wahai tuhan ku tak layak ke syurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
Ampunkan dosa ku, terimalah taubat ku,
Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar,
Dosa-dosaku bagaikan pepasit di pantai,
Dengan rahmatMu ampun kan daku oh tuhaku,
Wahai tuhan selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan,
Kami takut kami harap kepadaMu,
Suburkanlah cinta kami kepadaMu,
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu.

Comments