Salam. Jika winter lepas, kita mengadakan Jalinan Ukhuwwah musim sejuk di Christchurch dengan kehadiran peserta daripada beberapa bandar besar di NZ, kini ISMA membawakan kepada rakan-rakan satu lagi program yang dinamakan Jalinan Ukhuwwah Musim Panas OZ-NZ. Insyallah, sepertimana nama diberi, program ini akan dihadiri juga oleh rakan-rakan kita daripada OZ yang pulang bercuti di Malaysia. Oleh yang demikian, kepada rakan-rakan yang telah/masih berada di Malaysia, kami dengan sukacitanya menjemput anda semua untuk memeriahkan lagi program ini. Selain dapat menambah kenalan baru, Insyallah para peseta akan mendapat ilmu-ilmu yang berguna untuk kita semua pelajari.


Pembentukan insan yang cemerlang merupakan matlamat utama pendidikan. Insan yang cemerlang akan dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang terbaik walau dimanapun dia berada. Kecemerlangan yang dicita-citakan adalah kecemerlangan yang menyeluruh yang meliputi aspek jasmani,emosi, rohani dan intelektual.

Islam sebagai agama yang syumul menitik-beratkan aspek pembangunan insan untuk mewujudkan insan cemerlang, bagi memainkan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi. Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah telah dengan jayanya membentuk satu generasi yang cemerlang, yang telah mengubah sejarah dunia, membuka dimensi baru dalam kehidupan umat manusia.

Era kegemilangan Islam yang bermula dengan pembentukan kelompok kecil di Mekah hinggalah kepada keluasan jajahan Islamiah yang menaungi hampir 2/3 dunia tidaklah dibina dengan usaha remeh temeh. Antara faktor terpenting yang menyumbang ke arah kejayaan itu adalah itu ialah kesepaduan ukhuwwah yang terbentuk antara mereka.

Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) amat meyakini akan pentingnya elemen ukhuwwah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Memandangkan betapa pentingnya pelajar-pelajar lulusan luar negara masa kini pada masyarakat, maka perlunya dari awal lagi diadakan program-program yang sedikit sebanyak boleh membantu dan meningkatkan kualiti mereka di perantauan.

Justeru itu kita cuba merealisasikan usaha ini dengan mengadakan satu program yang telah dirancang dan dinamakan JALINAN UKHUWWAH MUSIM PANAS (JALINAN) agar boleh menjadi titik tolak kecemerlangan mereka yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi. Oleh itu marilah kita bersama-sama untuk menatijahkan usaha-usaha dan harapan yang murni ini agar menjadi kenyataan. InsyaAllah.

OBJEKTIF

* Merapatkan ukhuwwah antara peserta.

* Menerangkan sedikit sebanyak pengenalan mengenai ISMA.

* Menerangkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar muslim kepada peserta.

* Perkongsian pengalaman bersama tokoh dan graduan yang pernah belajar di luar negara mengenai cabaran pembelajaran di perantauan.

salam ukhuwwah!