Salam semua. Kepada rakan-rakan yang berada di Malaysia, bagaimana cuti musim panas anda? Jika sebelum ini telah kami war-warkan tentang Jalinan Ukhuwwah Musim Panas OZ-NZ, maka masanya hampir tiba. Untuk perhatian, berlaku sedikit perubahan lokasi program, oleh itu, untuk lokasi terbaru dan juga maklumat program, sila rujuk poster diatas.

Jika rakan-rakan pernah menghadiri JUNZ di Christchurch tahun lepas dimana pada ketika itu, Ust Fauzi merupakan penceramah jemputan, maka kali ini sekali lagi beliau akan bersama-sama dengan kita untuk program ini. Selain daripada Ust Fauzi, turut hadir bersama Ust Abdullah Zaik (President ISMA) dan juga Prof.MMadya Dr Zainur Rashid (Wakil Aman Palestine ke NZ tahun lepas). Selain mereka bertiga, Insyallah Setiausaha Agung ISMA, Tn Aminuddin Yahya juga akan turut serta nanti.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program, seperti sesi perkongsian, ceramah, bengkel, jungle trekking,terjun sungai dan obstacle course di Sungai Semungkis. Selain daripada aktiviti diatas, anda juga berpeluang untuk menambah kenalan dengan pelajar dan juga bekas pelajar dari New Zealand, Australia, Jordan, Indonesia, Russia;,Jepun dan Korea yang balik bercuti di Malaysia.

Untuk menyertai, sila hubungi  Zikri Auckland – 013 3015476 (recycle_87@yahoo.com) Mari kita meriahkan program ini. It’s a summer to remember~~~~

sesi perkongsian, bengkel dan ceramah, kita juga akan ada sesi aktiviti luar seperti jungle trekking, team building, terjun sungai