Salam. Setelah lama bercuti/berpraktikal sedar ataupun tidak, musim pembelajaran akan bermula semula.Kedua-dua university yang utama di Auckland, iaitu The University of Auckland (AU) dan Auckland University of Technology (AUT) akan memulakan sesi pengajian semester pertama pada 1 march 2010. Bercakap perihal pembukaan semester baru, maka Insyallah bumi Auckland ini akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru dari Malaysia secara khususnya bagi melanjutkan pembelajaran disini.
Penulis sendiri berpengalaman merasakan sendiri perasaan yang menyelami diri apabila mengatahui bahawa akan melanjutkan pelajaran di Auckland,NZ. Perasaan bercampur baur, antara gembira, sedih, gelisah,teruja dan pelbagai lagi. Banyak yang perlu dilakukan bagi menghadapi persediaan hidup di perantauan. Bagi rakan-rakan yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang persediaan untuk datang ke Auckland, Insyallah kami di Belia Cergas Auckland akan membantu secara umumnya permasalahan yang biasa timbul untuk pelajar yang pertama kalinya datang ke Auckland.
Dokumen yang perlu dibawa
Untuk megelakkan sebarang masalah, benda yang paling utama yang perlu anda bawa ialah :
1) Passport + Visa
2) Offer Letter daripada University
3) Affidavit dan Financial Statement daripada pihak penganjuran (bagi scholarship student)
Penulis menyarankan agar semua dokumen diatas difotokopi dan disimpan kedalam satu folder yang sama.
Kepada yang mempunyai lessen memandu, anda boleh bawa bersama lessen tersebut memandangkan ianya boleh digunakan di New Zealand selama setahun. Jadi, ianya adalah suatu kerugian jika anda tidak membawa bersama lessen memandu anda ! Di Auckland sendiri, banyak tempat-tempat yang menarik untuk diterokai. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
Penulis mencadangkan, agar dokumen-dokumen yang tersenarai beserta salinan fotokopi dokumen disimpan didalam hand-lugguage bagi memudahkan capaian jika anda didalam keadaan memerlukannya.
Barang-Barang
1) Mesti sudah ramai yang mengatahui bahawa pihak kastam dan Imegresen New Zealand amat menitik beratkan barang-barang yang dibawa masuk kedalam Negara mereka. Barangan berupa organic, rempah dan sebagainya adalah sesuatu kesulitan jika dibawa ke New Zealand. Untuk maklumat lanjut berkaitan barangan larangan untuk dibawa masuk ke New Zealand, anda boleh rujuk ke website Imegresen New Zealand sendiri.
Untuk pengatahuan anda lagi, di New Zealand, terdapat banyak kedai-kedai yang menyediakan jualan rempah ratus, serbuk-serbuk kari, kurma,makanan-makanan seperti kicap, sos, daun serai dan sebagainya boleh didapati dengan mudah di Asian Groceries. Jadi, anda tidak perlu terlalu risau untuk mendapatkan bahan makanan mahupun masakan kerana boleh dikatakan 80% daripada semua itu ada dijual disini.
2) Kepada rakan-rakan yang akan datang ke New Zealand pada bulan Feb ini, maka jangan susahkan diri anda untuk membeli pakaian sejuk kerana pada waktu itu, New Zealand masih lagi dalam musim panas/luruh. Namun, beberapa helai jeket/windbreaker disarankan untuk dibawa dari Malaysia kerana mungkin pada minggu pertama anda di New Zealand, anda masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca disini. Ini adalah salah satu persediaan yang perlu anda lakukan. Namun begitu, jika beg anda ‘kosong’ anda bolehlah dapatkan beberapa helai pakaian sejuk dari Malaysia kerana harganya mungkin sedikit murah berbanding disini.
Akan tetapi, jika anda merancang untuk membeli pakaian di Auckland, anda tidak perlu risau kerana seringkali terdapat sales pada permulaan musim (seperti musim sejuk) dan pada hari-hari cuti umum (seperti queen’s birthday). Tambahan, di Auckland, ada satu factory-outlet (Dress Smart) yang menjual pakaian-pakaian berjenama dengan harga yang berpatutan.
3) Jika anda ‘takut’ dengan kesihatan anda, anda bolehlah membawa beberapa jenis ubat seperti minyak angin dan sebagainya. Akan tetapi, janganlah terlalu banyak kerana setiap pelajar akan diwajibkan untuk mengambil insuran (dibayar oleh penaja jika dibawah mana-mana tajaan), oleh itu perkhidmatan kesihatan secara amnya boleh didapati dengan percuma (daripada insuran). Jika boleh, cuba dapatkan surat pengesahan ubat daripada doktor di hospital/klinik mahupun farmasi bagi mengelakkan berlakunya masalah apabila berhadapan dengan kastam dan imegresen.
4) Berikutan undang-undang lapangan terbang, jika anda membawa sebarang cecair tidak kira barangan kesihatan mahupun kebersihan diri, anda diminta agr menyimpannya kedalam beg yang akan dimasukkan kedalam kargo. Ini kerana hanya 100ml cecair yang dibenarkan untuk ke pesawat. Jadi, bagi mengelakkan barang anda dibuang/dirampas, sila lakukan pemeriksaan sendiri sebelum check-in.
Kediaman/tempat tinggal
Kebanyakkan pelajar undergrad, memilih untuk tinggal berhampiran dengan university yang radius jaraknya dalam 1km.Majoriti rumah di Bandar Auckland adalah berbentuk apartment kerana ianya terletak dikawasan Bandar. Untuk pengatahuan anda, jarak AU dan AUT untuk ke bandar mengambil masa kurang daripada 10minit dengan hanya berjalan kaki !
Bagi maklumat lanjut mengenai pemilihan rumah, anda boleh rujuk post kami yang lepas di : http://beliacergas.com/?p=1415
Pengurusan wang
Saya percaya, jika anda dibawah penajaan mana-mana penaja seperti MARA/JPA, anda akan diberi sejumlah wang yang banyak untuk kegunaan anda selama beberapa bulan disini. Setibanya anda di Auckland, selalunya anda akan ke bank pada keesokkan harinya untuk membuka akaun dan menukar travellers cheque anda kepada tunai.
Proses pembukaan akaun amat mudah dimana anda hanya perlu membawa passport serta dokumen lain sebagai persediaan seperti Offer Letter daripada university. Antara bank-bank yang selalu diguna pakai oleh pelajar-pelajar disini adalah :
a) The National Bank
b) Bank of New Zealand
c) ASB bank
d) ANZ bank
Anda disarankan untuk membawa sedikit wang tunai dalam matawang new zeland sebagai persediaan untuk apa-apa perkara.
Penutup
Secara dasarnya, perkara-perkara lain seperti pemilihan kedai halal, pengenalan kawasan dan sebagainya selalunya akan dilakukan oleh rakan-rakan yang telah ada di Auckland. Oleh itu, anda boleh menghubungi kami untuk memaklumkan kedatangan anda. Dan Insyallah, kami akan menjemput anda di Lapangan Terbang jika tiada sebarang aral. Jika anda masih ragu-ragu perihal beberapa perkara, anda bolehlah emailkan kepada kami di![]()
Kami menunggu ketibaan anda di Auckland. Selamat datang kami ucapkan, semoga perjalanan anda ke Auckland dirahmati Allah dan selamat. Insyallah kita akan berjumpa nanti.






Comments