Skip to content

- Belia Cergas Auckland adalah merupakan suatu inisiatif yang diadakan untuk membentuk kebersamaan di dalam masyarakat pelajar Muslim Malaysia di Auckland, New Zealand atas dasar satu aqidah yang teguh dan suci.
- Secara dasarnya, perkembangan komuniti muslim Malaysia yang sedang pesat berkembang di Auckland pada masa mutakhir ini memerlukan suatu platform untuk menyuarakan pandangan dan perkembangan semasa komuniti di Auckland.
- BeCA juga sebagai pertubuhan untuk menggerakkan aktiviti islami di kalangan pelajar muslim selaras dengan saranan yang termaktub dalam Al Quran.
- BeCA memikul tanggungjawab berat mengajak kepada kebaikan dan menolak kemungkaran sebagaimana diperintahkan dalam al Quran “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran; merekalah orang-orang yang beruntung.” [3:104]
- BeCA komited untuk melahirkan generasi baru professional muslim yang akan dapat menyumbang dalam aktiviti pembaikan masyarakat sekembalinya ke tanah air melalui aktiviti – aktiviti kerohanian, sukan, rekreasi, akademik dan intelektual.
- BeCA sedia bekerjasama dengan mana – mana pertubuhan, tempatan atau antarabangsa dalam menjayakan aktiviti yang difikirkan sesuai dengan matlamat penubuhan asal BeCA
Comments