Assalamualaikum Alhamdulillah. Selesai sudah Roadshow Palestin di Auckland. Semoga tercapai 2 objektif utama program ini, iaitu meningkatkan kesedaran di dalam diri kita terhadap isu Palestin dan mengumpul sebanyak mungkin dana untuk diserahkan kepada saudara kita di sana. Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul dana sebanyak NZ$10,853.50 (pelajar-pelajar Malaysia di Auckland memang pemurah.) Walaubagaiamanpun, tanpa penglibatan daripada semua pihak, tidak akan berjaya program ini. Kami di team fundraising ingin menzahirkan setinggi-tingi penghargaan:
- Kepada semua warga Auckland yang menderma, tak kira yang menyumbang dalam bentuk wang tunai, yang membeli dalam jualan-jualan amal (garage sale, jualan murtabak, jualan kad raya dan jualan merchandise palestin) serta yang menderma barangan terpakaisemasa program garage sale, jutaan terima kasih!
- Kepada semua organisasi yang terlibat – BeCA, UMNO, Petunia danMAPSA – serta pengarah dan seluruh AJK Roadshow Palestin, setinggi penghargaan yang tak terhingga atas komitmen anda semua sepanjang program ini berjalan!
- Kepada semua pelajar yang membantu dalam menjayakan program garage sale, jualan amal murtabak, jualan kad raya, serta jualan merchandise palestin, jazakallah khair kathiran (semoga Allah membalas kalian dengan ganjaran yang sebanyak-banyaknya)!
- Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar di Auckland yang menyokong usaha ini, tidak kira dari segi material, tenaga mahupun sokongan moral.
Marilah kita berdoa moga-moga dengan sumbangan kita ini, ramai warga palestin beroleh manfaat. Moga ianya digunakan bagi membina sekolah yang bakal melahirkan para cendekiawan di kalangan saudara kita di sana. Moga ia digunakan bagi membina hospital yang menyelamatkan ribuan pesakit yang dibedil bom-bom israel. Moga ianya juga digunakan membeli barang keperluan bagi membesarkan bakal para pejuang yang akan membebaskan bumi palestin daripada rejim zionis satu hari nanti. Sesungguhnya, semua sumbangan anda itu -tdak kira kecil mahupun besar – ada ganjarannya di sisi Allah serta besar manfaatnya kepada Palestin yang kita cintai. InsyaAllah..
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Di syurga nanti diberi ganjaran.
Daripada,
Team fundraising,
Roadshow Palestin – Auckland






Comments