Semua kita maklum dengan tuntutan Rasulullah SAW agar diajarkan kepada anak – anak berenang, berkuda dan memanah. Kadang kala sesetengah dari kita ada terfikir, “kenapa tiga benda itu”. Jika difikirkan, kenapa tidak benda lain seperti berlari atau main bola atau banyak benda lain?
Jawabnya, wallahu a’lam. Hanya Allah yang mengetahui. Tetapi, ia tidak menghalang kita daripada menganalisa kelebihan – kelebihan tiga aktiviti yang disarankan tadi selain dari kegunaan ketenteraan.
Antara manfaat berenang ialah memantapkan pernafasan individu itu. Para perenang yang mahir akan mempunyai pernafasan yang kuat. Aliran oksigen keseluruh badan akan lebih lancar dan menjadikan individu itu cergas dan cerdas. Seseorang yang biasa berenang akan mencapai koordinasi gerakan yang baik. Memandangkan seluruh otot digunakan untuk berenang, ini akan menjadikan individu itu gagah, lebih berdaya tahan dan mengikut Ustaz Fauzi, ‘ganteng’.
Aktiviti polo air baru – baru ini antara langkah BeCA untuk melahirkan individu – individu yang bukan sahaja gantang rohani dan mindanya bahkan juga fizikal.
Peserta dan penonton polo air
Berkuda pula mendidik sikap yakin diri dan kepimpinan. Hampir mustahil untuk mengendalikan kuda jika tidak mempunyai personaliti tegas dan kepimpinan. Seperti yang semua maklum, kuda itu besar. Kuda itu juga punyai ego tersendiri. Jadi, untuk menunggangnya, seseorang harus membuktikan bahawa ia layak mengarahkan kuda tersebut. Berkuda juga menampah sifat berani, tahan lasak dan juga tahan sakit. BeCA baru – baru ini menganjurkan ekspidisi berkuda. Dari pengalaman, memang pada permulaannya sesetengah kuda cenderung mencabar dan menguji penunggangnya.




Antara ikhwah yang menyertai cabaran menunggang kuda




Memanah pula menjadikan seseorang itu fokus dan berstrategi. Namun begitu, BeCA belum lagi menganjurkan aktiviti memanah. Hanya Paintball sahaja.
Nah, bukankah itu sudah menjadi bukti bahawa islam itu bukan sahaja menuntut kecergasan minda, bahkan juga fizikal? Tarbiyah itu tidak tertaklu kepada daurah, tazkirah, qiamulail semata – mata. Tetapi termasuk juga dalam tarbiyah itu riadhah dan rekreasi. Semua itu juga boleh dijadikan ibadah. Andai cara dan niat itu betul. InsyAllah.
Wassalam.
-Setiausaha & biro multimedia BECA-