Skip to content

Archive

Tag: derma

Tahun 2010 telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah umat Islam hari ini. Pada bulan Julai 2010, dunia telah menyaksikan kekejaman tentera Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Sebelum sempat reda lagi isu Freedom Flotilla, umat Islam seantero dunia dikejutkan pula dengan berita banjir di Lembah Swat, Pakistan yang sehingga hari ini telah mengorbankan 1500 nyawa dan melibatkan lebih kurang 14 juta penduduk di negara berkenaan.

continue reading…

Penjaga kepada salah seorang pelajar tahun pertama Massey University, Palmerston North, Sdri Mardhiah Afiqah binti Kasim telah meninggal dunia pada tengah hari 5 Mei 2010. Allahyarham Jalil bin Bidin yang merupakan penjaga kepada Sdri Mardhiah sejak beliau kecil lagi telah menghembuskan nafas terakhir di hospital. Walaubagaimanapun, punca kematian belum dapat dikenalpasti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang soleh, insyaAllah. continue reading…

Bapa kepada salah seorang ahli Ikatan Muslimin Malaysia New Zealand (ISMA-NZ), Akh Mohd Nadly Aizat bin Muhd Nudri telah dimasukkan ke Hospital CCU Putrajaya pada 20 April 2010 kerana masalah buah pinggang (kidney failure). Akh Nadly akan pulang ke Malaysia hari ini di atas urusan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pihak ISMA-NZ memohon dan menyeru kepada saudara/saudari sekalian agar menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Sdr. Nadly dan keluarganya.

continue reading…

Berita penderitaan saudari Nabilah Huda binti Zaim (anak kepada saudara Zaim bin Shaari, ahli Jawatankuasa Pusat ISMA) yang menghidap penyakit leukemia sejak setahun yang lepas terus menarik perhatian ramai pihak. Terbaru saudari Nabilah Huda akan menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak RM70,000 (RM50,000 untuk pembedahan dan RM20,000 untuk rawatan susulan).

Sehubungan dengan itu, ISMA New Zealand telah melancarkan kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda sebagai usaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau. Sumbangan boleh disalurkan kepada:

New Zealand
Acc Name: Roadshow Palestin NZ
Acc No (BNZ): 02-0727-0100651-083
Ref: Nabilah

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saudara Zaim di talian +6013-3521226.

Saudari Nabilah Huda Binti Zaim merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sedang menuntut dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid yang terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan. ISMA Australia mendoakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini.

IMG_0713_distortion

Assalamualaikum Alhamdulillah. Selesai sudah Roadshow Palestin di Auckland. Semoga tercapai 2 objektif utama program ini, iaitu meningkatkan kesedaran di dalam diri kita terhadap isu Palestin dan mengumpul sebanyak mungkin dana untuk diserahkan kepada saudara kita di sana. Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul dana sebanyak NZ$10,853.50 (pelajar-pelajar Malaysia di Auckland memang pemurah.) Walaubagaiamanpun, tanpa penglibatan daripada semua pihak, tidak akan berjaya program ini. Kami di team fundraising ingin menzahirkan setinggi-tingi penghargaan: continue reading…