Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Musim panas kini tiba lagi. Sedar atau tidak masa berlalu degan pantas. Sepantas dengan kesesakan kehidupan yang kita kejar. Mungkin lebih daripada itu. Rakan-rakan final year akan/telah kembali ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan mereka. Insyallah, kita akn menerima pengganti daripada pelajar First year seawall bulan Januari nanti. Jika tidak silap,dengan pandangan dan pengatahuan kasar saya, ramai diantara kita untuk memilih pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas ini. Namun begitu, ada juga yang memilih untuk tinggal di Auckland. Masing-masing dengan sebab dan alas an yang tertentu. Tidak kira dimana kita berada, dimana bumi yang kita pijak, dimana langit yang kita junjung, sentiasa ingat bahawa Allah dekat dengan kita. Nikmat Allah ada dimana-mana sahaja, maka sentiasalah kita bersyukur degan segala rahmat yang dilimpahkan-Nya kepada kita.





