Skip to content

Archive

Tag: gaza

Usaha membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis dan sekutunya memerlukan sokongan besar dari segala kekuatan umat. Oleh yang demikian, usaha gigih walaupun kerdil terutama melalui bantuan kewangan dan spiritual terhadap keperitan rakyat Palestin adalah sangat signifikan dan realistik untuk dilaksanakan.

Bagi melaksanakan keprihatinan ini, ISMA New Zealand dengan kerjasama Aman Palestin Berhad mengadakan kutipan derma bagi TABUNG PERUBATAN MANGSA PERANG GAZA.

Tujuan utama tabung ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana dan sumbangan bagi membiayai kos pengurusan serta rawatan pesakit-pesakit Gaza yang kini sedang menjalani rawatan projek pembekalan anggota palsu di Malaysia.

continue reading…

Hasil nukilan Dr Zainur Rashid Zainuddin

free palestine

Semenanjung Gaza adalah wilayah kecil Palestin yang menjadi kubu terakhir buat rakyat Palestin mempertahankan hak-hak asasi yang mereka miliki sejak sekian lamanya. Dengan hanya keluasan sebesar 363 km persegi dan penduduk seramai 1.5 juta menjadikan daerah kecil ini sangat padat dengan kependudukan yang tinggi. Laporan terkini mendapati bahawa lebih dua pertiga daripada jumlah penduduk Gaza ini adalah pelarian yang menyelamatkan diri mereka dari wilayah-wilayah Palestin yang telah dijajah Israel sejak tahun 1948 lagi. Negara Palestin yang merdeka yang menjadi tanah tumpah darah mereka telah pun dikuasai Israel sejak 6 dekad yang lalu sehinggakan nama Palestin telahpun lenyap dari peta dunia moden.

peta gaza

continue reading…