Skip to content

Archive

Tag: Jalinan_ukhuwwah

Salam semua. Kepada rakan-rakan yang berada di Malaysia, bagaimana cuti musim panas anda? Jika sebelum ini telah kami war-warkan tentang Jalinan Ukhuwwah Musim Panas OZ-NZ, maka masanya hampir tiba. Untuk perhatian, berlaku sedikit perubahan lokasi program, oleh itu, untuk lokasi terbaru dan juga maklumat program, sila rujuk poster diatas.

continue reading…

Salam. Jika winter lepas, kita mengadakan Jalinan Ukhuwwah musim sejuk di Christchurch dengan kehadiran peserta daripada beberapa bandar besar di NZ, kini ISMA membawakan kepada rakan-rakan satu lagi program yang dinamakan Jalinan Ukhuwwah Musim Panas OZ-NZ. Insyallah, sepertimana nama diberi, program ini akan dihadiri juga oleh rakan-rakan kita daripada OZ yang pulang bercuti di Malaysia. Oleh yang demikian, kepada rakan-rakan yang telah/masih berada di Malaysia, kami dengan sukacitanya menjemput anda semua untuk memeriahkan lagi program ini. Selain dapat menambah kenalan baru, Insyallah para peseta akan mendapat ilmu-ilmu yang berguna untuk kita semua pelajari.


continue reading…

banner-white copy small

Salam. Alhamdulillah JUNZ 09 telah pun menutup tirainya. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, penceramah dan tidak lupa juga kepada peserta-peserta yang datang dari segenap pelusuk NZ. Di sini, kami di BECA ingin berkongsi beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan dan kenangan bersama.

Powered by Cincopa WordPress plugin

Kepada sesiapa yang nak download gamba-gamba yang ada dalam slideshow nie, bolehlah tekan link di bawah:

DOWNLOAD

(p/s: pastikan anda mendownload kedua-dua file yang berada di dalam folder download tersebut.)


Kalau nak download presentation slides semasa program, bolehlah download kat bawah nie:

Kepada peserta-peserta lain yang ingin berkongsi gamba mahupun video, anda b0leh email kepada beliacergas[at]gmail.com  .

Sumber gambar : http://flickr.com/photos/shoradhi

sumber file : http://www.duniadeen.com/

Sekian untuk kali ini, semoga cuti kita dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Insyallah.  Salam.

-Biro Multimedia-