Skip to content

Archive

Tag: malaysia

Salam semua. Kepada rakan-rakan yang berada di Malaysia, bagaimana cuti musim panas anda? Jika sebelum ini telah kami war-warkan tentang Jalinan Ukhuwwah Musim Panas OZ-NZ, maka masanya hampir tiba. Untuk perhatian, berlaku sedikit perubahan lokasi program, oleh itu, untuk lokasi terbaru dan juga maklumat program, sila rujuk poster diatas.

continue reading…

Salam. Jika winter lepas, kita mengadakan Jalinan Ukhuwwah musim sejuk di Christchurch dengan kehadiran peserta daripada beberapa bandar besar di NZ, kini ISMA membawakan kepada rakan-rakan satu lagi program yang dinamakan Jalinan Ukhuwwah Musim Panas OZ-NZ. Insyallah, sepertimana nama diberi, program ini akan dihadiri juga oleh rakan-rakan kita daripada OZ yang pulang bercuti di Malaysia. Oleh yang demikian, kepada rakan-rakan yang telah/masih berada di Malaysia, kami dengan sukacitanya menjemput anda semua untuk memeriahkan lagi program ini. Selain dapat menambah kenalan baru, Insyallah para peseta akan mendapat ilmu-ilmu yang berguna untuk kita semua pelajari.


continue reading…

IMG_0713_distortion

Assalamualaikum Alhamdulillah. Selesai sudah Roadshow Palestin di Auckland. Semoga tercapai 2 objektif utama program ini, iaitu meningkatkan kesedaran di dalam diri kita terhadap isu Palestin dan mengumpul sebanyak mungkin dana untuk diserahkan kepada saudara kita di sana. Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul dana sebanyak NZ$10,853.50 (pelajar-pelajar Malaysia di Auckland memang pemurah.) Walaubagaiamanpun, tanpa penglibatan daripada semua pihak, tidak akan berjaya program ini. Kami di team fundraising ingin menzahirkan setinggi-tingi penghargaan: continue reading…

dzzPROF. MADYA DR. ZAINUR RASHID ZAINUDDIN Anak kelahiran Segamat, Johor ini merupakan lulusan Ijazah Pe-rubatan Royal College of Sur¬geons Ireland di Dublin, Ireland. Beliau menerima Ijazah Kepakaran DRCOG, MRCOG, Royal College of Obstetricians & Gynaecologists, London.

Sudah berkahwin dan mempunyai 6 cahaya mata, beliau kini bertugas sebagai Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Interna¬tional Medical University, IMU dan sebgai Pakar Pe-runding Kehormat Hospital Tuanku Jaafar, Serem-ban, Negeri Sembilan.

Beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyara-katan di dalam dan juga di luar Negara, terutama sekali dalam memperjuangkan isu-isu Palestin. Beliau pernah menyertai misi keamanan di Lubnan, Af¬ghanistan, Acheh dan Palestin.

Beliau juga meru-pakan perunding Aman Palestin Berhad dan Naib Pengerusi Sekretariat Antarabangsa ISMA.

Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin

MBBCh (Dublin), BAO, LRCP & SI (Ireland), DRCOG (London), MRCOG (UK), AM (Mal)

TEMPAT LAHIR : Segamat, Johor

KELUARGA : Berkahwin dan 6 Cahayamata TINGGAL : Seremban, Negeri Sembilan PENDIDIKAN : – Ijazah Perubatan – Royal College of Surgeond in Ireland, Dublin, Ireland – Ijazah Kepakaran – Royal College of Obstetricians & Gynaecologists, London, UK

KERJAYA SEKARANG : – Ketua Jabatan Obstetriks & Ginekologi, International Medical University (IMU) – Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, Hospital Tuanku Jaafar Seremban – Director, University Management Information System (UMIS), IMU

PENERBITAN : 1. Buku – Palestin Dijajah, Di manakah Solahuddinnya? 2. Buku – Meniti Rentetan Sejarah Palestin. 3. Buku – Ibadah Ketika Sakit. 4. Buku – Tokoh Saintis dan Cendikiawan Muslim 5. Artikel – Utusan, Berita harian, Majalah I dll

PENALIS MEDIA : 1. TV – RTM, TV3, TV 9 & Astro Owani. 2. Radio – IMIM & Bernama NGO : 1. Perunding Aman Palestin 2. Naib Pengerusi, Sekretariat Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 3. Mantan Pengerusi, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Neg Sembilan 4. Pengarah, Teras Consultancy 5. Penasihat, Persatuan Kakitangan Islam HTJ Seremban

PENGALAMAN MISI KEMANUSIAAN Pernah menyertai misi kemanusiaan ke Afghanistan, Acheh, Lubnan dan Palestin