Skip to content

Archive

Tag: muslim

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepadanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.” (Al-Isra’:23)

Sepotong ayat yang cukup cantik dan tidak sukar difahami oleh setiap insan yang membacanya. Tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menafsirnya, namun begitu masih ramai umat islam yang membacanya hanyalah sekadar membaca, tanpa ada rasa ingin menghayati ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca.

continue reading…

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Musim panas kini tiba lagi. Sedar atau tidak masa berlalu degan pantas. Sepantas dengan kesesakan kehidupan yang kita kejar. Mungkin lebih daripada itu. Rakan-rakan final year akan/telah kembali ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan mereka. Insyallah, kita akn menerima pengganti daripada pelajar First year seawall bulan Januari nanti. Jika tidak silap,dengan pandangan dan pengatahuan kasar saya, ramai diantara kita untuk memilih pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas ini. Namun begitu, ada juga yang memilih untuk tinggal di Auckland. Masing-masing dengan sebab dan alas an yang tertentu. Tidak kira dimana kita berada, dimana bumi yang kita pijak, dimana langit yang kita junjung, sentiasa ingat bahawa Allah dekat dengan kita. Nikmat Allah ada dimana-mana sahaja, maka sentiasalah kita bersyukur degan segala rahmat yang dilimpahkan-Nya kepada kita.

continue reading…

Assalamualaikum WBT.

Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu, betulkan saya jika saya tersilap atau tersalah. Ikutlah saya jika saya dipihak yang benar. Saya mulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.Segala yang baik itu datang dari ilham dan kurniaan Allah dan segala yg buruk itu adalah kekurangan diri saya sendiri.

Pendahuluan

Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)

continue reading…

Salam. Telah 2minggu berlalunya Syawal, namun kemeriahan-nya masih terasa. Mana tidak nya, boleh dikatakan setiap minggu sahaja ada rakan-rakan yang membuat “Rumah Terbuka”. Namun, hendaklah kita tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 Hari-Syawal. Seperti mana yang dinyatakan dalam hadith yang berbunyi

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim)

Oleh itu saya mengajak diri saya terutamanya serta rakan-rakan untuk berpuasa. Syawal masih panjang lagi, Insyallah sempat punya untuk puasa 6 hari tuh. Kepada rakan-rakan di Auckland mahupun di seluruh NZ, kita semua semestinya mengatahui pakej vodafone yang bernama text2000 kan? Secara personally, saya dapat merasakan, text/sms nie amat penting untuk perhubungan jarak jauh. Jika ianya diguna sebaik mungkin, maka kita boleh jadikannya sebagai salah satu alat untuk berdakwah sebenarnya. Tidak semestinya kita menaip hadith/petikan terjemahan al-quran,bahkan kita mungkin boleh kejutkan kengkawan untuk bagun subuh dsb.

IMG_1229a1 copy copy

Jika setiap hari kita berkomunikasi dengan rakan-rakan kita, sedarkah kita bahawa kita juga sebagai muslim sentiasa berkomunikasi dengan Allah? Kita juga menghantar ‘text’/'sms’ kepada Allah.Tahukah anda?

continue reading…

Open House RAYA copy_cancelUPDATE : Untuk makluman semua sisters, Open House BeCA untuk Sisters dibatalkan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, kami di BeCA memohon maaf diatas kesulitan yang telah terjadi. Semoga niat kita semua diterima Allah. Insyallah. Salam Zahir Batin drpd kami di BeCA. Salam aidilfitri.

Salam. Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri nanti, kami di BeCA akan mengadakan “Open House”!!!! continue reading…