Skip to content

Archive

Tag: palestine

Usaha membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis dan sekutunya memerlukan sokongan besar dari segala kekuatan umat. Oleh yang demikian, usaha gigih walaupun kerdil terutama melalui bantuan kewangan dan spiritual terhadap keperitan rakyat Palestin adalah sangat signifikan dan realistik untuk dilaksanakan.

Bagi melaksanakan keprihatinan ini, ISMA New Zealand dengan kerjasama Aman Palestin Berhad mengadakan kutipan derma bagi TABUNG PERUBATAN MANGSA PERANG GAZA.

Tujuan utama tabung ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana dan sumbangan bagi membiayai kos pengurusan serta rawatan pesakit-pesakit Gaza yang kini sedang menjalani rawatan projek pembekalan anggota palsu di Malaysia.

continue reading…

Salam, untuk pertandingan mewarna (sila rujuk terma dan syarat seperti post sebelum ini), para penganjur telah menyediakan hadiah yang lumayan iaitu sesuatu yang menjadi idaman kalbu anak-anak/kanak-kanak kita. Hadiah-hadiah tersebut adalah : continue reading…

Salam, alhamdulillah, maka telah tamat pengajian bagi suku pertama semester 2. Selamat bercuti saya ucapkan kepada pelajar-pelajar Auckland University. Kepada pelajar AUT, semoga teruskan usaha anda dan Insyallah anda akan bercuti juga minggu hadapan. Kini bahangnya makin terasa. Surat promosi, flayers,email kian rancak dihantar kan kepada semua-semua pelajar. continue reading…

Salam. AJK Ekonomi Roadshow Palestin kini memulakan promosi mereka untuk mengutip derma sepanjang Roadshow nanti. Pelbagai aktiviti yang telah dirangka oleh mereka bagi mengumpulkan sebanyak mungkin dana-dana yang bakal diberikan kepada rakyat Palestin. Kutipan yang terkumpul akan diserahkan kepada wakil Aman Palestine yang bakal bersama kita semasa Roadshow ini iaitu Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin. Anda bolehlah download flayer promosi fundraising ini dibawah. Selain itu, anda juga boleh munggunakan poster2x roadshow ini di blog anda. Insyallah, sama-sama kita membantu saudara-saudara kita di Palestin. Insyallah.

Fund Raising RSP copy

(Klik untuk resolusi yang lebih besar)

Nantikan update drpd kami di BeCA. Insyallah. (^_^)Y

Salam. Seperti mana yang telah digembar gemburkan, maka dengan rasminya promosi Roadshow Palestine di Auckland akan tiba sepanjang cuti Spring nanti. Program Roadshow Palestin Auckland ini dibawakan bersama kepada anda oleh BeCA, UMNO Auckland, MAPSA dan PETUNIA. Nantikan kedatangannya. Untuk maklumat lanjut berkaitan program seperti tempat dan update2 terkini maka sentiasalah lawati website kami. Kami telah menyediakan menu page yang khas berkaitan dengan program ini. (sila rujuk tab menu). Jangan lupa, anda juga boleh tolong mempromosikan roadshow ini dengan meletakkan poster dibawah di blog2x anda. Semoga usaha dan niat kita diterima Allah. Insyallah.

Poster small(klik untuk full resolution)