Salam, alhamdulillah, maka telah tamat pengajian bagi suku pertama semester 2. Selamat bercuti saya ucapkan kepada pelajar-pelajar Auckland University. Kepada pelajar AUT, semoga teruskan usaha anda dan Insyallah anda akan bercuti juga minggu hadapan. Kini bahangnya makin terasa. Surat promosi, flayers,email kian rancak dihantar kan kepada semua-semua pelajar. continue reading…
Salam. Seperti mana yang telah digembar gemburkan, maka dengan rasminya promosi Roadshow Palestine di Auckland akan tiba sepanjang cuti Spring nanti. Program Roadshow Palestin Auckland ini dibawakan bersama kepada anda oleh BeCA, UMNO Auckland, MAPSA dan PETUNIA. Nantikan kedatangannya. Untuk maklumat lanjut berkaitan program seperti tempat dan update2 terkini maka sentiasalah lawati website kami. Kami telah menyediakan menu page yang khas berkaitan dengan program ini. (sila rujuk tab menu). Jangan lupa, anda juga boleh tolong mempromosikan roadshow ini dengan meletakkan poster dibawah di blog2x anda. Semoga usaha dan niat kita diterima Allah. Insyallah.
Salam. Sejak dua menjak nie, kerap juga BECA update post dekat website eh. Alhamdulillah,banyak perkara yang mahu kami kongsikan bersama rakan-rakan semua. Ok, kali nie kami di BECA ingin berkongsi satu video promo perihal Roadshow Palestine yang digerakkan oleh Aman Palestine masa Spring nanti. Insyallah, kami akan update lagi apabila ada berita-berita baru berkaitan dengan Roadshow ini. Sebelum apa-apa, meh kita layan dulu video yang dibuat oleh salah seorang abang BECA kita (^_^)y
Insyallah, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi aktiviti Roadshow dan Kami di BECA akan segera sampaikan maklumat berkaitan dengan Roadshow maka oleh itu, sentiasalah kunjungi website kami untuk sebarang update (guna RSS pon ok).
Sampai disini sahaja, Insyallah akan update lagi. Till next time. Salam.