Skip to content

Archive

Tag: tabung

Tahun 2010 telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah umat Islam hari ini. Pada bulan Julai 2010, dunia telah menyaksikan kekejaman tentera Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Sebelum sempat reda lagi isu Freedom Flotilla, umat Islam seantero dunia dikejutkan pula dengan berita banjir di Lembah Swat, Pakistan yang sehingga hari ini telah mengorbankan 1500 nyawa dan melibatkan lebih kurang 14 juta penduduk di negara berkenaan.

continue reading…

Usaha membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis dan sekutunya memerlukan sokongan besar dari segala kekuatan umat. Oleh yang demikian, usaha gigih walaupun kerdil terutama melalui bantuan kewangan dan spiritual terhadap keperitan rakyat Palestin adalah sangat signifikan dan realistik untuk dilaksanakan.

Bagi melaksanakan keprihatinan ini, ISMA New Zealand dengan kerjasama Aman Palestin Berhad mengadakan kutipan derma bagi TABUNG PERUBATAN MANGSA PERANG GAZA.

Tujuan utama tabung ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana dan sumbangan bagi membiayai kos pengurusan serta rawatan pesakit-pesakit Gaza yang kini sedang menjalani rawatan projek pembekalan anggota palsu di Malaysia.

continue reading…

Berita penderitaan saudari Nabilah Huda binti Zaim (anak kepada saudara Zaim bin Shaari, ahli Jawatankuasa Pusat ISMA) yang menghidap penyakit leukemia sejak setahun yang lepas terus menarik perhatian ramai pihak. Terbaru saudari Nabilah Huda akan menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak RM70,000 (RM50,000 untuk pembedahan dan RM20,000 untuk rawatan susulan).

Sehubungan dengan itu, ISMA New Zealand telah melancarkan kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda sebagai usaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau. Sumbangan boleh disalurkan kepada:

New Zealand
Acc Name: Roadshow Palestin NZ
Acc No (BNZ): 02-0727-0100651-083
Ref: Nabilah

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saudara Zaim di talian +6013-3521226.

Saudari Nabilah Huda Binti Zaim merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sedang menuntut dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid yang terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan. ISMA Australia mendoakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini.